minus academy faq plus academy faq Check in circle Apple Android Home Magnifer Calculator Mail Email Facebook Twitter RSS Linkedin Linkedin hollower Headphones Wechats Instagram Line Mail 2 Phone Phone 2 Minus Plus Arrow right Arrow left (variant 2) Arrow right (variant 2) Brand logo Brand logo not filled Hamburger Flag of the Hong Kong Flag of the US/GB Flag of the US/GB Flag of the US/GB Flag of the China Flag of the China Flag of the China (traditional) Flag of the Taiwan Flag of the Hong Kong Flag of the Spain Flag of the Russia Flag of the France Flag of the German Flag of the Portugal Flag of the Italy Flag of the Poland Flag of the Czech Flag of the Hungary Flag of the Sweden Flag of the Bulgarian Flag of the Finland Flag of the Lithuania Flag of the Denmark Flag of the Croatia Flag of the Estonia Flag of the Norway Flag of the Romania Flag of the United Arab Emirates Flag of the United Arab Emirates Flag of the Indonesia Flag of the Malaysia Flag of the Korea Flag of the Korea Flag of the Samoa Flag of the Vietnam Flag of the Thailand Flag of the Turkey Flag of the Japan Cross Cross large User Arrow down Arrow up Cube Info list Data comunication Clock Slash

Dasar Leverage

Akaun Dagangan Mini ZFX Produk FX dan Logam Berharga sahaja
Leverage berdasarkan Ekuiti Akaun Dagangan
Apabila anda berdagang produk FX dan emas pada Akaun Dagangan Mini ZFX, anda boleh menggunakan sehingga 1:2000 leverage bergantung kepada ekuiti akaun dagangan anda. Untuk tujuan pengurusan risiko, sistem kami akan mengurangkan leverage maksimum boleh guna anda secara automatik jika sebarang peningkatan dalam ekuiti akaun dagangan anda mencetuskan sistem untuk berbuat demikian. Dagangan anda yang sedia ada akan terjejas oleh perubahan ini. Sila rujuk kepada peringkat leverage di bawah untuk maklumat lanjut.
Ekuiti Akaun Dagangan (USD) Max. Leverage
0-3,000 1:2000
>3,000-10,000 1:1000
>10,000-20,000 1:888
>20,000-50,000 1:600
>50,000-100,000 1:400
>100,000-200,000 1:200
>200,000 1:100
Pelarasan leverage pada hujung minggu dan cuti
Sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan risiko kami, untuk mengurangkan sebarang kesan turun naik pasaran yang tidak perlu terhadap akaun dagangan pelanggan semasa sesi dagangan volume rendah yang mungkin menggerakkan pasaran, kami akan mengurangkan leverage dagangan Akaun Dagangan Mini ZFX bagi produk FX dan logam berharga kepada maksimum 1:400, biasanya 1 jam sebelum pasaran ditutup pada hari Jumaat, dan kembali semula ke tahap leverage asal, biasanya 0.5 jam selepas memasuki sesi dagangan baru. Ini digunakan untuk semua dagangan terbuka sedia ada, pesanan yang belum selesai dan pesanan baharu. Peraturan yang sama tentang leverage juga mungkin digunakan semasa pengumuman berita yang menggerakkan pasaran dan cuti tertakluk kepada pengumuman.
Pelarasan leverage sebelum peristiwa penting ekonomi dan pasaran
Sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan risiko kami, untuk mengurangkan sebarang kesan turun naik pasaran yang tidak perlu terhadap akaun dagangan pelanggan berikutan peritiwa penting ekonomi dan pasaran, kami akan mengurangkan leverage dagangan Akaun Dagangan Mini ZFX bagi produk FX dan logam berharga kepada maksimum 1:400, , biasanya 30 minit sebelum pengumuman dan kembali semula ke tahap leverage asal, biasanya 10 minit selepas pengumuman. Ini digunakan kepada semua kedudukan sedia ada, pesanan yang belum selesai dan pesanan baharu.
Sila ambil perhatian bahawa perubahan dalam nisbah leverage akan mempengaruhi keperluan margin akaun dagangan anda, dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun dagangan anda untuk mengekalkan dagangan anda. ZFX akan menyesuaikan dasar leverage sebagai tindak balas kepada pelbagai keadaan pasaran. Sila beri perhatian kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh Syarikat kami dari semasa ke semasa.